teka teki cinta

Apakah Yang Seronok Bagi Lelaki Tetapi Sakit Bagi Perempuan?

Soalan : Apakah Yang Seronok Bagi Lelaki Tetapi Sakit Bagi Perempuan?

Jawapan : Bermadu. Lelaki memang suka kalau dapat kahwin banyak tetapi bagi kebanyakan perempuan bermadu itu sesuatu yang menyakitkan.

Perkara Yang Patah Tetapi Tidak Kelihatan?

Soalan : Perkara yang patah tetapi tidak kelihatan?

Jawapan : Patah hati. Hati tu di dalam badan, tidak akan kelihatan jika ia patah.

Perkara yang dicuri tetapi tidak menyalahi undang-undang?

Soalan : Perkara yang dicuri tetapi tidak menyalahi undang-undang? Ia boleh dicuri dan polis tidak akan menangkap anda.

Jawapan : Cinta

Apakah Yang Turun Tapi Tidak Akan Naik?

Soalan : Apakah Yang Turun Tapi Tidak Akan Naik?

Jawapan : Pernah dengar orang kata pepatah “dari mata turun ke hati”? Tiada orang kata dari hati naik ke mata.