Jawapan Teka Teki

Jom Main Teka Teki Lawak, Lucu, Senang dan Susah

Teka teki merupakan salah satu cara untuk menguji minda atau kecerdikan anda serta menghiburkan hati. Pilih dari pelbagai soalan dan jawapan teka teki yang berunsurkan teka teki lawak atau lucu, teka teki logik, teka teki cinta, manusia, haiwan, buah-buahan, pelajaran seperti matematik, dan sebagainya. Selain itu, teka teki susah atau senang boleh dipilih mengikut tahap cabaran yang anda inginkan.

Rakyat Malaysia memang mempunyai budaya pandang ke timur iaitu sentiasa ingin memajukan diri iaitu dengan mencabar diri mereka hampir setiap hari menjawab soalan teka teki. Adapun mereka yang suka meluangkan masa bermain teka teki bersama keluarga dan rakan-rakan kerana mereka ingin membantu diri mereka serta rakan-rakan mereka untuk menajamkan tahap IQ.

Soalan dan Jawapan Teka Teki

Kami memperoleh soalan dan jawapan teka teki dari pelbagai sumber. Kami sentiasa akan cuba untuk memberikan teka teki yang membuatkan anda tidak kering gusi dan menjana minda. Kalau anda sudah menetap lama di negara Malaysia, pastinya anda sudah mendengar pelbagai soalan teka teki. Kemungkinan, ia juga akan digunakan di lama web ini. Pastikan anda berkongsi idea bernas anda dengan kami sekiranya anda ingin membantu menambahkan koleksi kami yang sedia ada.

Apakah faedah bermain teka teki?

Faedahnya, anda akan membantu otak serta mnida anda untuk bergerak supaya ia sentiasa melakukan aktiviti yang merangsang minda anda untuk berfikir. Minda yang kurang aktif akan menjadi tumpul dan banyak masalah mungkin dihadapi seperti masalah pelupa, kurang bijak, dan sebagainya. Teka teki juga boleh mengeratkan hubungan antara keluarga dan kawan-kawan sekiranya aktiviti ini dilakukan bersama. Sebelum wujudnya permainan konsol, manusia menggunakan permainan seperti Scrabble, Monopoly, catur, permainan ular dan tangga(snake and ladder), Saidina, dan sebagainya untuk mengisi masa lapang mereka.

Kami mengalu-alukan idea atau cadangan teka teki yang anda mungkin miliki, sila hubungi kami di sini.

Gajah lalu titi patah, apa pula yang patah apabila kambing lalu?

Soalan : Gajah lalu titi patah, apa pula yang patah apabila kambing lalu?

Jawapan : Patah balik.

Dalam banyak-banyak bunga-bunga apa yang berwarna hitam?

Soalan : Dalam banyak-banyak bunga-bunga apa yang berwarna hitam?

Jawapan : Bunga tayar.

Pokok apa yang suka berkahwin?

Soalan : Pokok apa yang suka berkahwin?

Jawapan : Pokok pinang.

Binatang apa yang kurang ajar?

Soalan : Binatang apa yang kurang ajar?

Jawapan : Kutu kerana dia merayap di atas kepala.

Apabila masuk, ia keras dan apabila keluar, ia lembik. Apakah ia?

Soalan : Apabila masuk, ia keras dan apabila keluar, ia lembik. Apakah ia?

Jawapan : Stokin.

Antara kereta dan motor, manakah yang lebih tua?

Soalan : Antara kereta dan motor, manakah yang lebih tua?

Jawapan : Motor sebab pakai tongkat.

Sukan apa selepas main kita tabik?

Soalan : Sukan apa selepas main kita tabik?

Jawapan : Golf.

Apakah Sebab siput babi berjalan lambat?

Soalan : Apakah Sebab siput babi berjalan lambat?

Jawapan : Sebab semasa berjalan, asyik berfikir sama ada dia siput ataupun babi.

Burger Apakah Yang Gembira?

Soalan : Burger Apakah Yang Gembira?

Jawapan : Burgembira.

Bulu Apakah Yang Makin Lebat Makin Cantik?

Soalan : Bulu Apakah Yang Makin Lebat Makin Cantik?

Jawapan : Bulu mata.