teka teki haiwan

Gajah lalu titi patah, apa pula yang patah apabila kambing lalu?

Soalan : Gajah lalu titi patah, apa pula yang patah apabila kambing lalu?

Jawapan : Patah balik.

Binatang apa yang kurang ajar?

Soalan : Binatang apa yang kurang ajar?

Jawapan : Kutu kerana dia merayap di atas kepala.

Apakah Sebab siput babi berjalan lambat?

Soalan : Apakah Sebab siput babi berjalan lambat?

Jawapan : Sebab semasa berjalan, asyik berfikir sama ada dia siput ataupun babi.

Ubat Apa Yang Dibuat Bukan Untuk Menyembuh Tetapi Untuk Membunuh?

Soalan : Ubat Apa Yang Dibuat Bukan Untuk Menyembuh Tetapi Untuk Membunuh?

Jawapan : Ubat gegat

Apakah Kereta Yang Ada Dua Tayar?

Soalan : Apakah kereta yang ada dua tayar?

Jawapan : Kereta lembu

Ikan Apa Yang Selalu Sakit Perut?

Soalan : Ikan apa yang selalu sakit perut?

Jawapan : Ikan Kembong. Asyik kembong saja.

Haiwan Apa Yang Organnya Semua Di Kepala?

Soalan :Haiwan Apa Yang Organnya Semua Di Kepala?

Jawapan : Kutu

Adakah Ayam Atau Telur Keluar Terlebih Dahulu?

Soalan :Adakah Ayam Atau Telur Keluar Terlebih Dahulu?

Jawapan : Sudah tentu telur sebab tu orang gelar “Telur Ayam”.