Jawapan Teka Teki

Apakah Kereta Yang Ada Dua Tayar?

Soalan : Apakah kereta yang ada dua tayar?

Jawapan : Kereta lembu

Apakah Yang Lagi Ditengok Lagi Tinggi

Soalan : Apakah yang lagi ditengok lagi tinggi?

Jawapan : Kening

Ikan Apa Yang Selalu Sakit Perut?

Soalan : Ikan apa yang selalu sakit perut?

Jawapan : Ikan Kembong. Asyik kembong saja.

Apakah Yang Boleh Disentuh Tetapi Tidak Boleh Diambil?

Soalan : Apakah Yang Boleh Disentuh Tetapi Tidak Boleh Diambil? Sentuh boleh, ambil tidak boleh.

Jawapan : Bayang-bayang

Jom Main Teka Teki Lawak, Lucu, Senang dan Susah

Teka teki merupakan salah satu cara untuk menguji minda atau kecerdikan anda serta menghiburkan hati. Pilih dari pelbagai soalan dan jawapan teka teki yang berunsurkan teka teki lawak atau lucu, teka teki logik, teka teki cinta, manusia, haiwan, buah-buahan, pelajaran seperti matematik, dan sebagainya. Selain itu, teka teki susah atau senang boleh dipilih mengikut tahap cabaran yang anda inginkan.

Rakyat Malaysia memang mempunyai budaya pandang ke timur iaitu sentiasa ingin memajukan diri iaitu dengan mencabar diri mereka hampir setiap hari menjawab soalan teka teki. Adapun mereka yang suka meluangkan masa bermain teka teki bersama keluarga dan rakan-rakan kerana mereka ingin membantu diri mereka serta rakan-rakan mereka untuk menajamkan tahap IQ.

Soalan dan Jawapan Teka Teki

Kami memperoleh soalan dan jawapan teka teki dari pelbagai sumber. Kami sentiasa akan cuba untuk memberikan teka teki yang membuatkan anda tidak kering gusi dan menjana minda. Kalau anda sudah menetap lama di negara Malaysia, pastinya anda sudah mendengar pelbagai soalan teka teki. Kemungkinan, ia juga akan digunakan di lama web ini. Pastikan anda berkongsi idea bernas anda dengan kami sekiranya anda ingin membantu menambahkan koleksi kami yang sedia ada.

Apakah faedah bermain teka teki?

Faedahnya, anda akan membantu otak serta mnida anda untuk bergerak supaya ia sentiasa melakukan aktiviti yang merangsang minda anda untuk berfikir. Minda yang kurang aktif akan menjadi tumpul dan banyak masalah mungkin dihadapi seperti masalah pelupa, kurang bijak, dan sebagainya. Teka teki juga boleh mengeratkan hubungan antara keluarga dan kawan-kawan sekiranya aktiviti ini dilakukan bersama. Sebelum wujudnya permainan konsol, manusia menggunakan permainan seperti Scrabble, Monopoly, catur, permainan ular dan tangga(snake and ladder), Saidina, dan sebagainya untuk mengisi masa lapang mereka.

Kami mengalu-alukan idea atau cadangan teka teki yang anda mungkin miliki, sila hubungi kami di sini.

Nama Negara Apa Yang Membuatkan Kita Haus?

Soalan :Nama Negara Apa Yang Membuatkan Kita Haus?

Jawapan : Auuuusssstralia…

Haiwan Apa Yang Organnya Semua Di Kepala?

Soalan :Haiwan Apa Yang Organnya Semua Di Kepala?

Jawapan : Kutu

Adakah Ayam Atau Telur Keluar Terlebih Dahulu?

Soalan :Adakah Ayam Atau Telur Keluar Terlebih Dahulu?

Jawapan : Sudah tentu telur sebab tu orang gelar “Telur Ayam”.

Bagaimana Caranya Babi Berjalan Berdekatan Buaya?

Soalan : Bagaimana Caranya Babi Berjalan Berdekatan Buaya? Jalan itu merupakan jalan tunggal dan tiada pilihan lain.

Jawapan : Jalan seperti biasa kerana buaya tidak makan babi, haram.

Siapakah Orang Yang Paling Gembira Mendengar Orang Meninggal?

Soalan : Siapakah Orang Yang Paling Gembira Mendengar Orang Meninggal?

Jawapan : Tukang gali kubur